SKKUKJ

Saturday, May 18, 2013





Apakah itu projek 1BestariNet?

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu

Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G).

Apakah itu Frog VLE?


Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

Kenapa perlu menggunakan Frog?


Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:
Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasiFrog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.


No comments:

Post a Comment

Makluman

Mesyuarat Guru

TARIKH

PERKARA

TINDAKAN

21.12.2010

Selasa

Mesyuarat Guru Pertama 2011

Semua Guru

22.12.2010

Rabu

Mesyuarat Kurikulum 2011

AJK Kurikulum

23.12.2010

Khamis

Mesyuarat HEM 2011

AJK HEM

24.12.2010

Jumaat

Mesyuarat Kokurikulum 2011

AJK Kokurikulum

27.12.2010

Isnin

Mesyuarat Panitia Pertama 2011

(BM, BI, Pend. Agama Islam)

AJK Panitia

28.12.2010

Selasa

Mesyuarat Panitia Pertama 2011

(SN, PJ, Pend.Muzik, KT)

AJK Panitia

29.12.2010

Rabu

Mesyuarat Panitia Pertama 2011

(MT, PSK, PSV, KH)

AJK Panitia

30.12.2010

Khamis

Mesyuarat Guru Sesi Pagi dan Petang

Semua Guru

31.12.2010

Jumaat

Hari Orentasi Tahun 1 2011

Ujian Diagnostik

Semua Guru

1.1.2011

Sabtu

Agihan Murid ke kelas 2011

Guru-guru Tahun 1

3.1.2011

Isnin

Hari Pertama Persekolahan 2011

Kutipan Sumbangan Tambahan 2011

Guru-guru Kelas

Tahun 1 - 6

Hari Kualiti

"Hari kualiti dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum."

SENARAI NAMA MURID CEMERLANG UPSR (5A) 2010

1. Abdul Rauf b. Abdul Halim
2. Ahmad Yasin b. Basri
3. Basirah Mursyidah bt. Nor Hisham
4.Chang Jia Shiun
5. Cheong Sharon
6. Izzah Nurhana bt. Mohammad Rasdan
7. Muhammad Izzudin b. Ismail
8. Muhammad Fadhil Arif b. Baharuddin
9. Muhammad Idris Haziq b. Mohamed Hilmi
10. Muhammad Irfan b. Izam
11. Noor Azian Azira bt. Mohamad Faizal
12. Nur Ain bt. Izudin
13. Nur Amiera bt. M.Shaik Ibrahim
14. Nur Farah Syamimi bt Anwar
15. Nur Malisya Afeeqah bt Mazlan
16. Nur Razani Amalia bt. Abdul Razak
17. NUr Shamira Adrina bt. Abdullah
18. Nurul Afiqah Anisah bt. Mohd Isa
19. Nurul Amira bt. Mian
20. Preeyangka A/P Ramani
21. Qisminasyasya bt. johan
22. Siti Amal Fatunah bt. Sheik Idris
23. Siti Amira Nadia bt. Azni
24. Siti Amira Najwa bt. Azni
25. Surya Dharshan A/L Suresh
26. Syafiqah Aqeelah bt. Abdul Hadi
27. Thaneswaran A/L Ganti
28. Yoshini A/P Palawisamy
29. Abg Muhammad Diniy b. Abg Madehan
30. Atiqah Hazirah bt. Kamaluddin
31. Batrisyia Hani bt. Mohd Fitri
32. Johana Syahirah bt. Jauhari
33. Thivvin Raaj A/L Moorthi
34. Wan Zareef Aisy b. Wan Zainal Abidin
35. Fildzah Yuhanis bt. Ahmad Kamal
36. Nadia bt. Aminuddin
37. Nur Fathiah bt. Zulkfikar Ali
38. Usamah b. Nurdeng Deuraseh
39. Muhammad Hakim b. Abdul Manaf

Perkhemahan Perdana

"Aktivit perkhemahan tahunan ini diadakan bertujuan utuk membentuk semangat berpasukan kepada murid-murid dan juga menerapkan sikap berdikari"